Pinjaman RM100,000 tak dapat, duit sendiri RM54,620 yang lesap

LocalPersonal Finance
9 Sep 2026 • 9:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pinjaman RM100,000 tak dapat, duit sendiri RM54,620 yang lesap

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani akaun berputih mata bukan sahaja tidak menerima pinjaman peribadi RM100,000 yang dipohon malah kerugian pula RM54,620 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Tambah menyedihkan, sebahagian wang yang diberikan wanita berusia 29 tahun tersebut kepada ‘scammer’ dipinjam daripada kawan-kawannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, kerani akaun itu tertarik dengan iklan menawarkan skim pembiayaan peribadi yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada 28 Ogos lalu.

“Mangsa kemudiannya menghubungi agen syarikat pinjaman wang terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

“Dia yang memohon pinjaman RM100,000 diminta membuat bayaran proses terlebih dahulu kononnya bagi kelulusan permohonan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita itu yang tidak curiga mengikut arahan dengan membuat pembayaran keseluruhan RM54,620.

Beliau berkata, pembayaran tersebut dilakukan menerusi 13 transaksi pindahan wang ke lapan akaun bank diberi suspek antara Selasa hingga Sabtu minggu lalu.

“Begitupun, mangsa tetap tidak menerima wang pinjaman yang dimohonnya malah diarah membuat tambahan ‘bayaran proses’ lagi membuatnya tersedar sudah tertipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pinjaman RM100,000 tak dapat, duit sendiri RM54,620 yang lesap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved