Pioli kibar bendera putih

21 Feb 2023 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pioli. - Foto EPA

JURULATIH AC Milan, Stefano Pioli seakan mahu mengibar bendera putih dalam misi mengejar kejuaraan Serie A apabila mengakui Napoli berada dalam kelas tersendiri musim ini.

Pioli percaya skuadnya mampu mengatasi kemerosotan prestasi mereka sejak kebelakangan ini, malah mampu mempertahankan gelaran jika bukan kerana musim luar biasa dipamerkan Napoli.

"Kami berada di landasan yang tepat sebelum mengalami kemerosotan," ujar Pioli.

Milan berada di tangga keempat selepas mengharungi lima perlawanan liga tanpa kemenangan sepanjang bulan lalu dan permulaan awal bulan ini.

Musim lalu, Milan berada di kedudukan ketiga sebelum memacu kejuaraan Scudetto.

Pioli hadir menerima penghormatan tertinggi di Panchina d'Oro - anugerah kejurulatihan bola sepak Itali pada Isnin sebagai pengiktirafannya membantu kejayaan menakjubkan Milan itu.

Begitupun, pengurus tersebut sedar kejayaan manis itu tidak akan berulang musim ini memandangkan pendahulu, Napoli berada di hadapan berbekalkan 18 mata.

Justeru, Pioli akur bahawa Napoli jelas dalam kelas berbeza musim ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved