PIP rekod pencapaian pengendalian 100,000 TEU dalam tempoh lebih empat bulan

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PIP rekod pencapaian pengendalian 100,000 TEU dalam tempoh lebih empat bulan

PADANG BESAR: Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin- Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) menunjukkan momentum memberangsangkan apabila merekodkan pencapaian pengendalian sebanyak 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) bagi tempoh bermula dari April sehingga 20 Ogos lalu.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pencapaian itu menandakan perkembangan pesat PIP sebagai komponen penting dalam ekosistem logistik negara dan pemacu pertumbuhan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Beliau berkata, infrastruktur Fasa 1 PIP mempunyai kapasiti sehingga 300,000 TEU setahun, dengan operasi dari Terminal Kontena Padang Besar dipindahkan secara berperingkat ke PIP bagi menampung peningkatan pergerakan kargo dari Selatan Thailand dan rantau ASEAN.

“Pencapaian 100,000 TEU dalam tempoh hanya 4.5 bulan ini menunjukkan potensi besar PIP sebagai pintu masuk strategik perdagangan rentas sempadan negara. Malah dijangkakan menjelang akhir tahun ini pencapaian TEU di PIP boleh mencecah 180,000.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan kelebihan lokasi Perlis ini diterjemahkan kepada kos logistik yang lebih kompetitif, pelaburan bernilai tinggi dan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya  selepas mengadakan lawatan ke PIP, hari ini.

Beliau berkata, hubungan PIP dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan Belawan New Container Terminal (BNCT) di Indonesia turut mewujudkan koridor logistik sepanjang 388 kilometer yang menghubungkan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

“Koridor ini berpotensi mengurangkan kos serta tempoh transit barangan berbanding laluan konvensional dan memperkukuh kesalinghubungan rantaian bekalan serantau.

“Kedudukan strategik PIP turut berpotensi menyokong usaha Malaysia menarik pelaburan bernilai tinggi di bawah strategi rantaian bekalan China+1, dengan menawarkan akses yang kompetitif ke pasaran ASEAN serta Greater Mekong Subregion,” katanya.

Ujar Akmal, projek pembangunan itu merupakan usaha sama awam-swasta di mana Mutiara Perlis bertindak selaku pemaju dan pengendali manakala pihak Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana infrastruktur melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sebanyak RM327 juta bagi membina bonded road, flyover serta railway spur line.

Katanya, pelaksanaan projek itu turut membuka peluang pekerjaan dan penglibatan anak tempatan sekitar 63 peratus kontraktor perkhidmatan terdiri daripada anak Perlis dan Kedah.

“Ini adalah agar limpahan ekonomi, peluang pekerjaan dan pertumbuhan pembangunan negara turut dinikmati oleh negeri Perlis untuk berpotensi menjadi hub logistik serta pengangkutan di sempadan tanah air,” katanya.-UTUSAN

The post PIP rekod pencapaian pengendalian 100,000 TEU dalam tempoh lebih empat bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved