Piston Project x Insane Motorsport: Kisah Ketabahan Dua Pasukan, Dua Nasib

SportsCars
31 Jul 2025 • 2:52 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Litar Sepang menyaksikan hujung minggu yang penuh dramatik dan mencabar buat dua jentera dalam liputan khas TW Media bagi Malaysia Touring Car Championship (MTCC) Pusingan 2. Walaupun berdepan nasib berbeza, kedua-dua pasukan dimana jentera #5 (Roni Risman & Jay Bushido) dan jentera #65 (Net & Yong), mempamerkan semangat kental serta dedikasi luar biasa dalam kategori MT2-G.

Jentera #5 – Roni Risman & Jay Bushido

image is not available
Foto: Piston Project x Insane Motorsport (Dennis LHY)

Pasukan ini bermula dengan langkah kanan apabila berjaya mencatat masa kelayakan ke-11 terbaik dalam kelas MT2-G. Gabungan pengalaman Roni dan ketenangan Jay memberi harapan tinggi menjelang Perlumbaan 1 pada Sabtu.

Malangnya, jentera #5 diuji dengan masalah mekanikal ketika Roni sedang mengejar kedudukan. Pasukan pit bertindak pantas membaiki kerosakan sebelum menyerahkan semula jentera kepada Jay. Walaupun cuba bangkit, nasib tidak menyebelahi mereka, kerosakan berulang pada lap terakhir memaksa mereka tarik diri bagi mengelakkan kerosakan lebih serius.

Perlumbaan 2 menyaksikan Jay memulakan aksi dari belakang grid susulan penukaran enjin. Walaupun ini adalah permulaan pertamanya dalam MTCC, Jay mengendalikan tekanan dengan tenang. Malangnya, masalah sama berulang dan pasukan sekali lagi terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal. Hujung minggu yang perit, namun penuh pengajaran dan ketabahan.

Jentera #65 – Net & Yong

image is not available
Foto: Piston Project x Insane Motorsport (Dennis LHY)

Pasangan pelumba dari Thailand ini pula mencuri tumpuan, terutama dengan penampilan sulung Yong di bumi Malaysia. Mereka bermula di P20 selepas sesi kelayakan sengit.

Dalam Perlumbaan 1, mereka menunjukkan peningkatan dengan memotong beberapa lawan. Namun, penalti dikenakan akibat pit stop yang satu saat lebih singkat dari masa minimum. Walau begitu, mereka masih berjaya menamatkan perlumbaan di P19.

Ahad menjadi hari kebangkitan buat duo ini. Bermula hampir di belakang grid, Net dan Yong mempamerkan pemanduan agresif tetapi kemas, memotong lawan satu demi satu sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 dalam kelas. Satu prestasi yang membanggakan dan bukti bahawa mereka semakin serasi.

TW Media ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kru Piston Project x Insane Motorsport, penaja (Acer, Predator, LMS Lifestyle Motorsport, wrapXpert, Mr. Absorber, ISM Insane Motorsport, SK Garage, Trouble Makers dan penyokong yang menjadi tulang belakang kejayaan pasukan. Di sebalik segala cabaran, semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi tetap menjadi nilai utama.

Kami akan terus membawa perkembangan terkini pasukan menjelang MTCC Pusingan 3 yang bakal berlangsung dalam masa kurang dua minggu.

Teruskan Bersama Four Wheels..!!

#TWMedia #MTCC2025 #PistonProject #InsaneMotorsport #PistonProjectxInsaneMotorsport #RacingSpirit

View Original Article