PJ International Criterium Race 2026 tarik 400 pelumba dari empat negara

15 Jun 2026 • 3:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PJ International Criterium Race 2026 tarik 400 pelumba dari empat negara

SHAH ALAM, 15 JUN: PJ International Criterium Race 2026 berjaya menghimpunkan seramai 400 pelumba tempatan dan antarabangsa dalam perlumbaan berbasikal yang berlangsung di Laman MBPJ, Petaling Jaya.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan perlumbaan itu melibatkan penyertaan pelumba dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Arab Saudi.

Menurut MBPJ, acara berkenaan menggabungkan elemen kepantasan, strategi dan ketahanan fizikal sekali gus membuktikan kemampuan Petaling Jaya menjadi lokasi penganjuran sukan kompetitif bertaraf antarabangsa.

“Penganjuran acara ini mencerminkan komitmen MBPJ dalam memperkukuh pembangunan sukan bandar, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya yang aktif, dinamik dan progresif,” menurut kenyataan itu.

Acara pelepasan peserta disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohamad Zahri Samingon bersama barisan pengurusan tertinggi MBPJ.

Selain perlumbaan utama, program itu turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Majlis penyampaian hadiah pula disempurnakan Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBPJ Mohd Fauzi Maarop.

MBPJ turut merakamkan penghargaan kepada semua pemenang dan peserta yang menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved