PJS lebih komprehensif pastikan kelancaran persatuan

27 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

PJS lebih komprehensif pastikan kelancaran persatuan

Pindaan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 yang diluluskan parlimen awal bulan ini disifatkan sebagai peluang pemegang taruh menggalakkan penambahbaikan tadbir urus sebuah badan sukan, terutama di peringkat kebangsaan.

Pandangan ini dikongsi peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, yang menganggap usaha ini dapat meminimumkan kegagalan tadbir urus, lebih-lebih lagi susulan pelbagai isu semasa yang melingkari sesetengah persatuan sukan kebangsaan.

 

 

 

Ini termasuklah memberi kuasa kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Jefri Ngadirin, untuk mengambil tindakan jika sesebuah persatuan itu tidak ditadbir urus mengikut perlembagaan mereka di bawah peruntukan akta yang telah diluluskan.

"Kuasa spesifik itu belum ada sebelum ini, (langkah ini) memberi lebih kuasa kepada PJS.

"Sebelum ini kawalan PJS -- boleh bersuara sahajalah -- tapi (daripada segi) kuasa untuk bertindak secara 'memaksa' ke atas persatuan itu tidak jelas.

"(Misalnya) kalau sesebuah persatuan itu tidak patuh, maka tukar. PJS boleh arahkan, boleh masuk ke ofis rampas dokumen.

"Sebelum ini persatuan mungkin tidak takut dengan PJS tapi sekarang, kuasa ini lebih jelas," katanya.

Sementara itu, dengan 'kuasa baru' ini, Nik Erman juga berharap PJS dapat mensyaratkan agar semua badan sukan untuk menghormati perlembagaan mereka sendiri sebagai langkah proaktif dalam mewujudkan budaya tadbir urus yang lebih baik.

"Pertama, perlu pastikan persatuan ikut perlembagaan dan undang-undang.

"Jadi saya harap selepas ini PJS pastikan persatuan ikut undang-undang dan peraturan," katanya lagi.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved