PKR Menang Kes Saman, Mahkamah Perintah Zuraida Bayar RM10 Juta

Politics
23 Jun 2023 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PKR Menang Kes Saman, Mahkamah Perintah Zuraida Bayar RM10 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000.

Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu.

Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Berita lanjut menyusul!

Sumber: BERNAMA