PKR menang kes saman, Zuraida diarah bayar RM10 juta ekoran langgar syarat bon parti

Politics
23 Jun 2023 • 11:44 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PKR menang kes saman, Zuraida diarah bayar RM10 juta ekoran langgar syarat bon parti

zulfadli

23/06/2023 - 11:44

KUALA LUMPUR 23 Jun - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000.

Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu, lapor Bernama.

Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved