PKR Sabah dinasihat renungi situasi sendiri

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Agenda pembangunan Sabah akan terus diperjuangkan di sebalik maraknya isu-isu perundangan melibatkan figura-figura politik popular di negeri ini, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri terbabit percaya semua parti berdepan isu sama namun mengakui Gabungan Rakyat Sabah (GRS), khususnya PGRS, turut meneliti setiap situasi dan sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dihadapi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Segala isu-isu yang kita dengar hari ini lebih berpaksikan kepada kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ini tidak akan mengganggu fokus Kerajaan Negeri untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

“Kita harus ingat, selagi seseorang itu tidak dibuktikan bersalah, maka kita tidak boleh kaitkan seseorang itu betul-betul bersalah sehingga diputuskan oleh mahkamah dan kita percaya dengan sistem keadilan undang-undang negara,” katanya.

Nizam berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Durian anjuran Jabatan Pertanian Sabah di Dewan Sri Tawau, di sini, pada petang Isnin.

Nizam mengulas pendirian terkini Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Mustapha Sakmud, yang mahu menilai semula hala tuju kerjasama dengan GRS dalam PRN.

Kenyataan Mustapha itu susulan munculnya dakwaan mengaitkan enam figura politik dalam komponen GRS, masing-masing tiga pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan tiga pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), dengan isu skandal perlombongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Apas itu berkata PKR juga harus merenungkan situasinya sendiri, memandangkan sesetengah sekutu mereka turut berdepan isu-isu perundangan.

“Tidak payahlah kita sebut (nama pihak terbabit), tetapi semua parti menghadapi situasi yang sama,” katanya.

Beliau percaya keadaan itu tidak akan mengganggu komitmen Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri mencapai agenda pelan pembangunan yang dirancang.

Menurutnya, kepimpinan Kerajaan Negeri sekarang sudah berhasil meletakkan Sabah kembali di landasan yang betul dan akan terus fokus untuk memberikan khidmat terbaik, khususnya rancangan jangka panjang demi masa depan negeri.