PKR Sabah sambut baik pengesahan kerjasama

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyambut baik pengesahan kerjasama berterusan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan menyifatkannya sebagai langkah positif untuk negeri ini.

Ketuanya Datuk Mustapha Sakmud berkata perkara itu adalah berita baik untuk Sabah dan rakyatnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kita, Datuk Seri Hajiji Haji Noor kerana mengekalkan semangat kerjasama antara GRS dan PH.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebagai pemimpin PH, saya menyambut baik kerjasama ini. Ia adalah berita gembira untuk Sabah,” katanya.

“Langkah seterusnya adalah membincangkan agihan kerusi, khususnya dengan PGRS. Kita akan duduk berbincang bersama mereka. Mudah-mudahan, kita dapat menyelesaikan perkara ini dan mengagihkan kerusi dengan sewajarnya,” katanya lagi.

Difahamkan gabungan itu menyasarkan sekitar 23 hingga 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah berkata ia akan meneruskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Hajiji berkata semua parti komponen dalam GRS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PH selepas rundingan diadakan.

“Kita akan meneruskan kerjasama politik yang sedia terjalin antara GRS dan PH untuk menghadapi PRN17,” katanya.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, satu formula berhubung agihan kerusi sudah dibincangkan antara kedua-dua gabungan parti pemerintah, namun belum dimuktamadkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.