PKR Tuaran usul pecat Rafizi

LocalPolitics
19 Apr 2026 • 9:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PKR Tuaran usul pecat Rafizi
Razeef (gambar kiri) mengusulkan supaya parti memecat Rafizi sekiranya beliau benar-benar telah melanggar perlembagaan parti.

KOTA KINABALU – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran yang berlangsung pada Sabtu dikejutkan dengan usul supaya parti mengambil tindakan memecat bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli.

Difahamkan, usul itu dikemukakan oleh Ketua Cabangnya, Razeef Rakimin yang berkata, Rafizi telah dua kali diberikan surat tunjuk sebab, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau turut menegur parti supaya tidak menjadi ‘pondan’ dalam mengambil tindakan serta tidak menjadikan surat tunjuk sebab sebagai bahan lawak atau gurauan.

Razeef turut menyentuh berkaitan kelantangan Rafizi yang disifatkan sesetengah pimpinan utama PKR sebagai melangkaui ‘garis merah’ perlembagaan parti, namun masih tidak berani untuk mengambil tindakan.

Beliau seterusnya mengusulkan supaya parti memecat Rafizi sekiranya beliau benar-benar telah melanggar perlembagaan parti.

Sementara itu, Razeef ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara berkenaan.