PKTAAB muncul pusat rujukan rawatan kanser lidah antarabangsa

LocalHealth & Fitness
22 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PKTAAB muncul pusat rujukan rawatan kanser lidah antarabangsa

SEBERANG PERAI – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) kini menjadi antara pusat rujukan rawatan kanser lidah, yang turut menerima pesakit dari rantau ASEAN dan luar negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkembangan itu membuktikan keupayaan USM bukan sahaja sebagai institusi penyelidikan perubatan, malah pusat rawatan berasaskan kepakaran yang mampu menarik pesakit dari peringkat antarabangsa.

“Pusat ini menjadi pusat yang terkenal, hampir boleh saya sebutkan, di seluruh dunia dalam rawatan lidah. Jadi ramai mereka yang datang, sama ada daripada rantau ASEAN mahupun di luar rantau ASEAN, ke mari untuk mendapatkan rawatan ini.

“Pusat kanser di sini adalah antara hanya beberapa pusat yang berkemampuan untuk memberikan rawatan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PKTAAB di USM, di Bertam di sini, hari ini.

Tambahnya, keupayaan berkenaan turut disokong perkembangan penyelidikan dan kepakaran USM dalam bidang onkologi, termasuk rawatan kanser payudara serta beberapa bidang kanser lain.

“Saya juga telah berjumpa dengan beberapa pesakit yang sebelum ini telah pun pulih seperti sedia kala.

“Ini merupakan satu perkembangan yang menarik, di mana universiti ternama seperti USM telah pun berada di peringkat pusat penyelidikan dalam bidang perubatan, di samping itu dapat memberi perkhidmatan bukan hanya kepada negara, tetapi juga menjadi pusat rujukan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, perkembangan PKTAAB turut memperkukuh legasi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan modal insan negara. – KOSMO! ONLINE

The post PKTAAB muncul pusat rujukan rawatan kanser lidah antarabangsa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved