Plat kenderaan bukan permintaan Wan Azizah

26 Jun 2023 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Gambar yang tular di media sosial melibatkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Menurut Safar, sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, “ katanya dalam kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.

“Plat yang ditularkan bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah,” katanya. Sebelum itu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ (gambar).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.