Platform E-Hailing MyCar Bakal Kembali Di Pasaran Sarawak

10 Aug 2024 • 9:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MyCar akan kembali di Sarawak

Platform E-Hailing MyCar Bakal Kembali Di Pasaran Sarawak. Dilaporkan, MyCar, platform e-hailing tempatan Malaysia, merancang untuk kembali ke pasaran Sarawak selepas beroperasi di negeri ini dari 2017 hingga 2020, kata Michael Kong.

Menurut Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, adalah dijangka sumbangan MyCar akan meningkatkan industri pengangkutan awam di negeri ini berdasarkan pengalaman dan komitmen yang diperbaharui.

image is not available
Platform E-Hailing MyCar Bakal Kembali Di Pasaran Sarawak. Sumber foto: Facebook MyCar

MyCar menguasai 15% bahagian pasaran e-hailing

MyCar kini dikatakan telah menguasai 15 peratus bahagian pasaran pengangkutan e-hailing di Malaysia.

Penyertaan semula MyCar ini akan memperkenalkan pengendali e-hailing keempat ke dalam pasaran Sarawak, menandakan satu langkah ke hadapan yang penting bagi industri berkenaan.

image is not available

Beri manfaat kepada rakyat Sarawak

Dalam masa yang sama Kong juga menegaskan bahawa peningkatan dalam pengendali e-hailing ini sekaligus akan meningkatkan kesalinghubungan dan memupuk persaingan sihat, akhirnya memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Pasaran yang rancak dan berdaya saing akan memastikan perkhidmatan kekal berkualiti tinggi, berpatutan dan responsif kepada keperluan masyarakat, katanya.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/senarai-gaji-menteri-besar-tertinggi-malaysia

https://www.iloveborneo.my/bimb-dedah-peranan-petros-gas-tunggal-sarawak