Platform khas ANIS mudahkan ibu bapa dapat maklumat anak istimewa

18 Jan 2023 • 6:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 18 JAN: Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) menyediakan platform khas bagi memudahkan ibu bapa mendapat maklumat mengenai anak istimewa dan program anjurannya.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata pertanyaan yang diajukan akan dijawab panel berpengalaman dalam bidang perubatan dan pendidikan khas.

“Makluman semua, jabatan ANIS telah menyediakan platform untuk menjawab segala persoalan berkenaan anak istimewa dan program anjuran ANIS.

“Sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan dengan mengimbas kod QR yang tertera atau layari laman sesawang www.anisselangor.com/tanyaanis,” katanya di Facebook.

ANIS ditubuhkan sejak 2018 dalam membantu kebajikan selain menambah baik dan memajukan pendidikan anak istimewa di Selangor bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri membangunkan pusat prasekolah di Seksyen 7 di sini, dengan menyasar 80 pelajar anak istimewa berusia lima hingga enam tahun mendapat kemudahan pendidikan khas.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved