Platform Media Sosial Harus Mengemukakan Pelan Pengesahan Had Umur Pengguna Selewat-lewatnya 28 Disember Ini

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang dimana semua pengguna platform sosial media di Malaysia haruslah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan keatas, dan pengesahan umur tersebut, tidak kira cara apa pun digunakan, harus disahkan menggunakan kad pengenalan MyKad.

Undang-undang tersebut telah berkuat-kuasa sejak awal bulan Jun 2026, tetapi penyelia-penyelia platform media sosial diberi tempoh masa yang panjang untuk mengimplimentasi sistem pengesahan umur tersebut.

Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi hari ini telah mengatakan bahawa syarikat-syarikat ini diberi masa sehingga 28 Disember 2026 untuk mengemukakan pelan untuk bagaimana mereka mahu mengimplimentasi sistem pengesahan umur pada platform-platform media sosial mereka.

Image from: Platform Media Sosial Harus Mengemukakan Pelan Pengesahan Had Umur Pengguna Selewat-lewatnya 28 Disember Ini

Menjawab soalan berkaitan isu ini di Parlimen, Teo Nie Ching mengatakan lagi bahawa pihak Kementerian Komunikasi Malaysia menjangkakan bahawa platform-platform ini akan mengimplimentasi sistem pengesahan tersebut pada awal Januari 2027 setelah tempoh peralihan tersebut berakhir.

Beliau mengatakan juga bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan MCMC akan memantau dan berinteraksi dengan penyedia media sosial sepanjang tempoh peralihan ini bagi memastikan mekanisme tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Di bawah Seksyen 30, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, penyelia perkhidmatan media sosial yang didapati bersalah kerana gagal mematuhi peruntukan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta, berserta denda tambahan sehingga RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

SKMM juga boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan di bawah Seksyen 37 dan mengenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta di bawah Seksyen 39 atas pelanggaran kewajipan di bawah Bahagian 3 Akta tersebut.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved