Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami air, pemilik cemas

11 Nov 2026 • 10:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami air, pemilik cemas

PETALING JAYA – Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir Stesen MRT Kwasa Damansara berdepan detik mencemaskan apabila kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan lebat, pagi tadi.

Kejadian itu tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads, @evil.dr.porkchopp memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan deretan kenderaan dikelilingi air banjir.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi tadi.

Seorang pengguna Threads, @ahtzumae meluahkan rasa cemas apabila menyedari kenderaannya turut diletakkan di kawasan parkir berkenaan.

“Aduh, saya parkir di stesen ini pagi tadi. Tengok gambar ini, risau betul. Harap air itu tidak naik lebih tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, individu sama menerusi perkongsian terbaharu kira-kira pukul 9.30 pagi memaklumkan air banjir di kawasan parkir berkenaan sudah surut, namun hujan renyai-renyai masih berlaku.

Menurutnya, dia terpaksa berpatah balik ke Stesen MRT Kwasa Damansara selepas tiba di kawasan 118 bagi mendapatkan semula kenderaannya.

“Air sudah surut, tetapi hujan masih renyai-renyai. Sambung bekerja dari rumah. Tadi sudah sampai 118, kemudian berpatah balik ke MRT Kwasa Damansara,” katanya.

Perkongsian terbaharu itu turut disertakan gambar memperlihatkan kawasan parkir berkenaan tidak lagi ditenggelami air seperti keadaan pada awal pagi.

Di ruangan komen seorang pengguna, @tushihawary meluahkan kebimbangan terhadap kejadian banjir yang berlaku di Selangor.

“Ya Tuhan, risau. Mudah sangat berlaku banjir di Selangor ini,” katanya.

Turut meninggalkan komen, @chemurad yang berharap paras air tidak terus meningkat sehingga menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.

“Semoga air tidak naik lagi. Inilah sebabnya perlindungan bencana khas sudah menjadi keperluan walaupun tinggal di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, @wwyeenkhalid mendakwa kejadian banjir di kawasan parkir sama pernah berlaku tahun lalu dengan keadaan lebih buruk.

“Tahun lepas lebih teruk, kebanyakan kereta sampai tidak nampak tayar, tetapi di barisan paling hujung sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami air, pemilik cemas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved