Platform Pasaran Digital Baharu, #DuitJe Bantu Usahawan Kecil Dan Komuniti Kreatif Malaysia

LocalStartup
6 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Usahawan kecil yang berdepan kesukaran untuk memasarkan produk masing-masing tidak lagi perlu gusar kerana aplikasi DuitJe mampu membantu.

Dibangunkan sebagai platform pasaran digital, DuitJe memberi peluang bukan sahaja usahawan kecil, bahkan ibu yang bekerja dari rumah, golongan muda, komuniti Orang Asli dan individu kreatif lain menjana pendapatan. 

Image from: Platform Pasaran Digital Baharu, #DuitJe Bantu Usahawan Kecil Dan Komuniti Kreatif Malaysia

Menjadikan produk kraftangan, produk kreatif dan barangan buatan sendiri sebagai fokus utama, platform terbabit turut menyediakan ruang kepada individu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menjadikan kemahiran mereka sebagai satu bentuk perniagaan.

Ketua Perhubungan Awam dan Pemasaran, Amirah Abu Bakar berkata, antara perkhidmatan yang boleh diketengahkan melalui DuitJe termasuk persembahan badut, perkhidmatan dalam talian, pengurusan acara serta pelbagai perkhidmatan kreatif, kemahiran dan perniagaan kecil.

Menurut beliau,  DuitJe diwujudkan bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan kreativiti, kemahiran dan produk mereka sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

“DuitJe diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia, khususnya peniaga-peniaga kecil, ibu yang bekerja dari rumah, golongan muda, komuniti Orang Asli serta mereka yang mempunyai bakat dan kreativiti.

"Kami mahu menyediakan satu ruang untuk mereka memperkenalkan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka sendiri," katanya kepada Getaran.

Image from: Platform Pasaran Digital Baharu, #DuitJe Bantu Usahawan Kecil Dan Komuniti Kreatif Malaysia

Jelas Amirah, DuitJe membawa pendekatan platform pasaran yang lebih terbuka dan menyeluruh dengan memberi peluang kepada penjual mengetengahkan produk, identiti, kreativiti dan kemahiran mereka kepada pelanggan melalui satu platform.

“Platform ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pengiktirafan terhadap produk tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha kecil dan komuniti kreatif untuk mengembangkan perniagaan dalam dunia digital,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved