‘Jual’ kemahiran, bakat, kreativiti untuk menjadi peniaga berjaya di DuitJe

LocalStartup
4 Oct 2026 • 12:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jual’ kemahiran, bakat, kreativiti untuk menjadi peniaga berjaya di DuitJe

PETALING JAYA – Pelbagai peluang perniagaan telah ditawarkan kepada kumpulan sasaran dan ia memiliki objektifnya tersendiri untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan kumpulan peniaga.

Salah satu kemudahan terbaharu adalah DuitJe yang diperkenalkan oleh BolehJe iaitu sebuah platform pasaran digital baharu yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya usahawan kecil, ibu yang bekerja dari rumah, golongan muda, komuniti Orang Asli serta individu kreatif untuk memasarkan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka.

DuitJe memberi tumpuan kepada produk kraftangan, hasil buatan tangan, produk kreatif dan barangan buatan sendiri, di samping menyediakan ruang kepada individu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menjadikan kemahiran mereka sebagai satu bentuk perniagaan.

Antara perkhidmatan yang boleh diketengahkan melalui DuitJe termasuk perkhidmatan badut, perkhidmatan dalam talian, perkhidmatan acara, pengurusan acara serta pelbagai perkhidmatan kreatif dan kemahiran yang ditawarkan oleh individu dan perniagaan kecil.

Ketua Perhubungan Awam dan Pemasaran,  Amirah Abu Bakar berkata, DuitJe diwujudkan bagi membantu lebih ramai rakyat  memanfaatkan kreativiti, kemahiran dan produk mereka sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

“DuitJe diwujudkan untuk membantu masyarakat, khususnya peniaga-peniaga kecil, ibu yang bekerja dari rumah, golongan muda, komuniti Orang Asli serta mereka yang mempunyai bakat dan kreativiti. Kami mahu menyediakan satu ruang untuk mereka memperkenalkan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka sendiri.

“Selain produk kraftangan dan hasil buatan tangan, kami juga membuka peluang kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan seperti badut, perkhidmatan dalam talian, perkhidmatan acara dan pengurusan acara untuk menggunakan platform ini sebagai satu bentuk perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

DuitJe membawa pendekatan platform pasaran yang lebih terbuka dan menyeluruh dengan memberi peluang kepada penjual mengetengahkan produk, identiti, kreativiti dan kemahiran mereka kepada pelanggan melalui satu platform.

Platform ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pengiktirafan terhadap produk tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha kecil dan komuniti kreatif untuk mengembangkan perniagaan dalam dunia digital.

Ia juga bukan sekadar menyediakan ruang untuk menjual produk malah ia menjadi platform yang  turut membuka peluang kepada individu yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Dengan pendekatan ini, kreativiti, kemahiran dan kepakaran seseorang boleh diketengahkan sebagai satu bentuk perniagaan,” jelasnya.

Selain itu, BolehJe menjadi sebuah aplikasi yang menyediakan ruang kepada pengguna untuk meneroka pelbagai tawaran kerja sambulan, menyediakan beberapa jenis produk dan perkhidmatan, manakala DuitJe merupakan platform pasaran digital yang memberi peluang kepada penjual dan penyedia perkhidmatan untuk memasarkan tawaran mereka kepada pengguna. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Jual’ kemahiran, bakat, kreativiti untuk menjadi peniaga berjaya di DuitJe appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved