Platform Penstriman Cetak Rompak Fmovies Telah Dilumpuhkan

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 10:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fmovies, sebuah platform penstriman cetak rompak telah berjaya dilumpuhkan Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) minggu ini. ACE ialah gabungan yang mempunyai lebih 50 ahli yang terdiri daripada studio seperti Amazon, Apple TV+, Netflix, Paramount Global, Sony Pictures, Universal Studios, The Walt Disney Studios, dan Warner Bros. Discovery.

image is not available

Selain Fmovie, perkhidmatan cetak rompak lain di bawah kelolaan mereka seperti bflixz, flixtorz, movies7, myflixer, aniwave serta perkhidmatan pengehosan video Vidsrc.to juga berjaya dilumpuhkan. Dua orang suspek warga Vietnam yang dipercayai dalang di sebalik operasi telah ditahan oleh pihak berkuasa di Hanoi.

Menurut ACE, Fmovie yang beroperasi sejak 2016 telah dilawati 6.7 bilion kali antara Januari 2023 dan Jun 2024. Dengan 374 juta pelawat bulanan, ia adalah sindiket cetak rompak terbesar di dunia yang menyebabkan kerugian yang besar kepada pemilik harta intelek.