Platform Penstriman JDT+ Diumumkan – Tawar Kandungan Eksklusif Johor Darul Takzim

23 Sep 2026 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform Penstriman JDT+ Diumumkan – Tawar Kandungan Eksklusif Johor Darul Takzim

Penawaran platform penstriman di Malaysia semakin bertambah selepas pasukan bola sepak Jojhor Darul Takzim (JDT) melancarkan platform mereka sendiri iaitu JDT+. Ini menjadikan JDT pasukan kedua di Malaysia selepas Terengganu FC mempunyai platform penstriman sendiri.

Ia menawarkan kandungan eksklusif apa yang berlaku di sebalik tabir JDT serta pelbagai dokumentari melibatkan tokoh utama kelab. Setakat ini dokumentari Untamed dan siri realiti Outbound telah diumumkan.

Image from: Platform Penstriman JDT+ Diumumkan – Tawar Kandungan Eksklusif Johor Darul Takzim

Untamed ialah dokumentari untuk pemilik JDT Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ. Outbound pula menunjukkan perjalanan kelab dalam persaingan AFC Champions League Elite.

JDT+ boleh diakses menerusi telefon pintar, tablet dan juga komputer. Setakat ini jumlah penawaran kandungan adalah terhad dengan ia tidak menawarkan penstriman perlawanan bola sepak JDT seperti yang dilakukan oleh kelab lain seperti Barcelona dan Real Madrid. Platform akan memulakan siaran pada 22 Oktober depan tetapi harga langganan belum lagi diumumkan pada waktu ini.

Sumber – JDT+

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved