Play Store Kini Membenarkan Muat Turun Dua Aplikasi Serentak

TechnologyDigital
29 Apr 2024 • 9:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah mengaktifkan ciri membenarkan dua aplikasi dimuat turun secara serentak menerusi Play Store pagi ini. Sebelum ini aplikasi perlu dipasang satu persatu yang akan mengambil masa yang lebih lama berbanding memuat turun dua aplikasi serentak.

image is not available

Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti Pixel terlebih dahulu yang menggunakan Android 14. Walau bagaimanapun ciri ini hanya boleh digunakan untuk memuat turun dua aplikasi baharu. Proses kemas kini aplikasi masih dilakukan secara satu persatu.

Setakat ini saya sudah mendapat ciri ini pada Samsung Galaxy S24 dan juga OnePlus 12R. Sila kemas kini aplikasi Play Store untuk melihat sama ada ciri ini sudah diterima peranti Android anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved