Kemaskini Windows 11 Kini Memperlihatkan Iklan Pada Menu Start – Bagaimana Untuk Mematikannya?

TechnologyDigital
25 Apr 2024 • 10:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas menguji paparan iklan aplikasi pada bahagian menu Start di Windows 11, kini Microsoft bergerak pantas, dan telah mula memperkenalkan ciri baharu ini secara meluas kepada semua melalui kemaskini Windows 11 terbaru. Dengan langkah ini, apabila pengguna membuka menu Start di Windows 11, ia akan memaparkan aplikasi yang dipromosikan untuk pengguna pasang terus di komputer Windows masing-masing.

image is not available

Apa pun, pihak Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.

Untuk sembunyikan paparan iklan, pengguna hanya perlu ke Settings > Personalization > Start, dan seterusnya menutup pada bahagian “Show recommendations for tips, app promotions, and more”.