PlayStation 6 Mungkin Hadir Sekitar 2027 Atau 2028

TechnologyDigital
26 Nov 2022 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini berkongsi dokumen melibatkan komen untuk kes persaingan disebabkan oleh pengambil-alihan Activision oleh Microsoft. Melaluinya, Sony berkongsi sejumlah perkara, termasuk berkaitan sasaran konsol generasi akan datang.

Sony mengatakan sekiranya pengambil-alihan berlaku, terdapat kemungkinan sejumlah permainan dibawah Microsoft akan ditarik daripada PlayStation menjelang 2027, dan Sony mengatakan ia mungkin memberikan kesan terhadap perpindahan pengguna ke konsol baharu mereka kelak.

Ini sekaligus memberikan gambaran yang mana konsol Sony generasi seterusnya mungkin hadir seawal 2027 atau 2028 kelak.

Sony sebelum ini telah memperkenalkan PlayStation 5 pada 2020, dan sekiranya konsol generasi hadir pada 2027, maka ia memperlihatkan tempoh selama 7 tahun untuk penawaran konsol tersebut – lebih kurang sama seperti PlayStation 4 yang mempunyai tempoh pasaran sekitar 7 tahun sebelum generasi baharu diperkenalkan, walaupun ia masih disokong pada hari ini.