Plaza Merdeka Dedah Ahli Baharu, Rupa-Rupanya Seekor Kucing Bernama ‘Hassan’

30 Apr 2023 • 1:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelanggan Plaza Merdeka akan melihat kelibat ahli baru ini sekali-sekala

Plaza Merdeka Dedah Ahli Baharu, Rupa-Rupanya Seekor Kucing Bernama ‘Hassan’. Plaza Merdeka Mall di Kuching baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mempunyai ahli baru yang telah menyertai pasukan mereka.

Ahli baharu ini bukan sahaja bodyguard ‘baru’ Plaza Merdeka, tetapi dia juga bukan manusia – in fact, ahli baharu ini sebenarnya seekor kucing!

image is not available
Plaza Merdeka Dedah Ahli Baharu, Rupa-Rupanya Seekor Kucing Bernama ‘Hassan’

Kenali Hassan, seekor kucing berwarna putih

Baru-baru ini, Plaza Merdeka telah berkongsi pengumuman ‘ahli’ baru ini di Facebook mereka dan netizen teruja untuk bertemu dengan ahli kucing baru ini, yang dinamakan ‘Hassan’.

Tinjauan pada ruangan komen mendapati ramai berkongsi pengalaman bertemu Hassan ketika berada di pusat beli-belah tersebut. Nampaknya, Hassan sering dilihat tidur di atas kerusi di tepi pintu masuk dan sekali-sekala melakukan ‘rondaan’ di sekitar pusat beli-belah itu juga!

image is not available
Hassan sering dilihat ‘bertugas’ di tepi pintu masuk PM. Kredit: Sabrina Nuop / FB Plaza Merdeka

image is not available
Hassan menemani salah seorang pengunjung Plaza Merdeka. Kredit: Natasha Nabila / FB Plaza Merdeka

image is not available
Hassan dirakam membuat ‘rondaan’. Kredit: Syafieka Aini / FB Plaza Merdeka

Comel lah Hassan ni! Ia juga difahamkan Hassan merupakan salah seekor kucing ‘stray’ yang diangkat oleh pihak pengurusan Plaza Merdeka. Terima kasih kepada pihak pengurus kerana menjaga kebajikan kucing terbiar di sana. ❤️

Lagi di sini: