“Please come back stronger in 5 years…” – Netizen Berduka KJ & Nurul Izzah Kalah PRU15

Entertainment
20 Nov 2022 • 9:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Benarlah kata ramai, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini bukan sembarangan dan kehangatannya memang lain daripada yang lain.

Setakat awal pagi ini, belum ada lagi parti yang mempunyai majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

image is not available

Dalam pada itu, di media sosial, ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan rasa sedih dan kecewa mereka diatas kekalahan beberapa nama besar dalam politik tanah air terutama sekali Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah.

Menurut netizen, ramai yang menyifatkan kekalahan Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah itu adalah antara kehilangan terbesar dan berharap kedua ahli politik itu akan kembali bertanding lima tahun lagi dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

image is not available

Untuk pengetahuan, Khairy Jamaluddin yang bertanding di Sungai Buloh atas tiket Barisan Nasional (BN) tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan dengan majoriti undi 2,693.

image is not available

Manakala, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR gagal mempertahankan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan yang meraih undi majoriti 5,272.

Sumber: Twitter

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.