PLKN 3.0 Dilaksana Di Sarawak, Dijangka Bermula 2028

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 8:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PLKN 3.0 Dilaksana Di Sarawak, Dijangka Bermula 2028

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Sarawak dijangka bermula dalam siri 3/2028, dijadualkan berlangsung dari Julai hingga Ogos 2028.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nording berkata latihan akan diadakan di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 511, Rejimen 511 Askar Wataniah, Kem Semantan Sarawak dengan kapasiti maksimum seramai 300 orang pelatih.

Kata beliau, buat masa sekarang, persiapan sedang giat dilaksanakan, termasuk dalam mendapatkan kelulusan penggunaan tanah.

"60 peratus kuota diperuntukan kepada peserta dari Sarawak, 30 peratus dari Sabah dan 10 peratus dari Kuala Lumpur bagi meningkatkan penyertaan daripada Malaysia Timur serta memperkukuh perpaduan nasional," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

PLKN 3.0 Dijangka Bermula Pada 2028

Image from: PLKN 3.0 Dilaksana Di Sarawak, Dijangka Bermula 2028

Beliau turut menjelaskan pengambilan pelatih bagi PLKN 3.0 ini dilaksana melalui dua kaedah, iaitu pengundian secara rawak (balloting) dan permohonan secara sukarela.

Kaedah ini bertujuan memastikan penyertaan pelatih dilaksanakan secara seimbang melalui pemilihan bersyarat serta kesediaan untuk menyertai program secara sukarela.

"Kriteria pemilihan adalah berumur antara 18 hingga 25 tahun mengikut tahun kelahiran, warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan tidak pernah menyertai mana-mana siri PLKN sebelum ini," ujarnya.

Tambahnya, mekanisma pengambilan secara rawak dan sukarela semata-mata bagaimanapun tidak dapat menjamin keretangkuman golongan belia dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

Baca juga:

"Sehubungan itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), melalui Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), telah memutuskan bahawa wakil MLKN dari Sarawak turut mengenalpasti dan mencadangkan nama calon dari kawasan luar bandar dan pedalaman untuk dipertimbangkan dalam pengambilan pelatih.

"Pendekatan ini akan dilaksanakan setelah wakil MLKN dari Sarawak dilantik," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved