PLUS Berkongsi Cadangan Masa Terbaik Untuk Balik Kampung Sempena Hari Raya

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

PLUS Berhad berkongsi cadangan masa terbaik untuk balik ke dan pulang dari kampung pengguna PLUS sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut minggu depan. Bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang di antara 19 April hingga 1 Mei, pengguna disarankan keluar sebelum 9 pagi untuk perjalanan ke Utara. Bagi yang ingin pulang ke Perak dan Selatan tanah air pula perjalanan disarankan dilakukan antara jam 12 tengah hari ke 3 petang.

image is not available

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang antara 19 April hingga 1 Mei pula, pengguna disarankan memulakannya sebelum jam 9 pagi dari Perlis, Kedah, P Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sebelum ini PLUS mengeluarkan kenyataan sehingga 2 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuh Raya PLUS dan LPT2 sepanjang musim perayaan.