PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

LocalTravel
17 Dec 2025 • 5:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Jan 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS bagi memastikan kelancaran di lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan.

“Dengan penambahbaikan terbaharu, jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA boleh diakses bukan sahaja pada musim-musim perayaan, malah pada hari-hari puncak terpilih,” menurut kenyataan itu.

PLUS memaklumkan pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi interaksi bersama Pembantu Maya-PUTRI, mengikuti aplikasi X@plustrafik dan aplikasi X @lpt2trafik serta paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

BACA: Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej
BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang

Sumber: Bernama

The post PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun appeared first on Siakap Keli.