Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

LocalTravel
18 Dec 2025 • 12:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Rancang perjalanan anda sempena musim cuti sekolah kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan  2.2 juta kenderaan akan membanjiri  lebuh raya  dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

PLUS berkata,  jangkaan itu termasuk pada 2 Januari 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS bagi memastikan kelancaran di lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan.

"Dengan penambahbaikan terbaharu, jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA boleh diakses bukan sahaja pada musim-musim perayaan, malah pada hari-hari puncak terpilih,"katanya.

Orang ramai  boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.