PLUS : Kini Sebanyak 112 Titik Pengecas Kenderaan Elektrik Beroperasi Di Lebuhraya

Cars
18 Aug 2025 • 11:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PLUS kini berkongsi mengatakan kini lebuhraya PLUS mempunyai sebanyak 112 titik pengecas kereta elektrik, setakat 30 Jun 2025 yang lepas. PLUS mengatakan ini sekaligus mengatasi sasaran awal PLUS yang menyasarkan sekitar hanya 100 titik pengecas kenderaan elektrik menjelang penghujung 2025.

PLUS turut mengatakan beberapa titik pengecas elektrik ini turut dilengkapi dengan sistem bumbung solar serta sistem penyimpnanan tenaga bateri dalam menyokong kelestarian. Kesemua titik pengecas kenderaan elektrik yang dipasang juga dikatakan pencas pantas arus terus, dengan kuasa output antara 47kW hingga 200kW.

Penyedia dengan titik pengecas kenderaan elektrik paling tinggi adalah Gentari dengan 48 titik pengecas, diikuti Shell Recharge sebanyak 20 titik pengecas, TNB Electron sebanyak 16 titik pengecas. Sejumlah 61 titik pengecas terletak di R&R dan Hentian Sebelah, sementara baki 51 titik pengecas adalah pada stesen minyak di Lebuhraya PLUS.

Selain itu, PLUS sendiri menyasarkan pembukaan Hab EV di R&R Seremban (Arah Selatan) menjelang suku pertama 2027, selain turut akan memulakan projek rintis “Charge & Chill” di beberapa plaza tol terpilih pada tahun ini.

image is not available