PM Ajak Orang Ramai Meriahkan Rumah Terbuka Malaysia MADANI Perak, Khamis Ini

13 May 2023 • 9:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka bagi menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia MADANI Negeri Perak yang akan berlangsung di Sunway Lost World of Tambun, Khamis ini.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata majlis itu akan bermula pada pukul 6.30 petang.

“Manfaatkan sambutan Aidilfitri Mubarak dengan kasih sayang dan sikap bersilaturahmi serta bersuai kenal antara satu sama lain,” katanya yang turut berkongsi poster rumah terbuka berkenaan.

Menurut poster itu, majlis itu yang akan berlangsung sehingga pukul 11 malam  bakal  menyajikan  persembahan raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah dan ratu rock negara, Ella, selain beberapa artis lain tanah air.

Selain itu, pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim serta Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar turut dijemput sebagai undangan istimewa.

Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri telah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan sementara di Terengganu malam ini, manakala esok di Selangor. - Bernama