PM akan hadiri rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri

LocalPolitics
27 Apr 2023 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad ini (30 April).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif yang juga pengerusi penganjur berkata Perdana Menteri telah menerima jemputan Kerajaan Negeri untuk menghadiri rumah terbuka itu.

"Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan Kabinet Negeri pada sambutan itu," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ariffin berkata orang ramai turut dijemput ke rumah terbuka itu yang bermula jam 10 pagi.