
MOSCOW - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyifatkan Rusia sebagai rakan karib Malaysia dan menegaskan bahawa negaranya menghormati Rusia.
Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, dalam pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri turut menyatakan harapan agar kedua-dua negara dapat mengadakan mesyuarat penting dalam beberapa hari akan datang.
Perdana Menteri tiba di Moscow untuk lawatan rasmi pada Selasa. - Bernama
