PM Anwar Arah Ketua Jabatan, Agensi Turun Padang Atasi Projek Sakit Dan Lewat

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 10:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Arah Ketua Jabatan, Agensi Turun Padang Atasi Projek Sakit Dan Lewat

Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun sendiri ke lapangan bagi meneliti serta menyelesaikan masalah yang menghambat pelaksanaan projek pembangunan, khususnya projek berstatus sakit dan lewat daripada jadual.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu projek pembangunan berstatus sakit, kelewatan pelaksanaan serta kelembapan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan antara perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikannya petang tadi.

Katanya, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar untuk dilaksanakan kementerian dan agensi di seluruh negara.

“Maka, menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Baca juga:

Beliau menegaskan, setiap peruntukan yang dibelanjakan perlu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved