PM Anwar arah semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara -Fahmi

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 4:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persiapan Belanjawan 2026 serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

image is not available

Semua lawatan menteri dan timbalan menteri dihentikan sementara

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI menyatakan arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu bagaimanapun tidak terpakai bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang sudah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.

“Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt dalam masa beberapa minggu lagi,” ujarnya.

image is not available

Semua lawatan menteri dihentikan, fokus persiapan kemuncak ASEAN

Difahamkan, sidang kemunak ASEAn ini akan berlangsung pada penghujung Oktober 2025 manakala belanjawan 2026 dibentangkan pada 10 Oktober ini.

“Ia juga (bersempena) persiapan menuju sidang kemuncak ASEAN, yang akan berlangsung pada hujung Oktober.

“Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa serta-merta,” katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

image is not available

Untuk rekod, Belanjawan 2026 bakal dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Oktober ini, manakala Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung bulan hadapan dengan kehadiran beberapa pemimpin besar termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Sumber: Bernama