PM Anwar arah Setiausaha Politik & CEO MAPIM ke Istanbul, pantau keadaan aktivis negara

LocalPolitics
5 Oct 2025 • 12:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau, Dato’ Ahmad Farhan Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dato’ Dr Sany Araby untuk ke Istanbul bagi melihat sendiri keadaan para delegasi Malaysia yang baru sahaja dibebaskan oleh Tentera Zionis selepas ditahan sewaktu mengikuti misi kemusiaan Global Sumut Flotilla.

image is not available

PM Anwar arah Setiausaha Politik lihat keadaan aktivis di Istanbul

Menerusi hantaran di media sosial Farhan Fauzi, beliau menyatakan arahan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri dan memintanya untuk segera ke sana.

Hal itu bagi memastikan para aktivis berada dalam keadaan baik dan memastikan mereka semua mendapat keperluan asas yang mencukupi.

“YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM saudara Dato’ Dr Sany Araby untuk ke Istanbul sesegera yang mungkin bagi melihat keadaan para aktivis Malaysia di sana, selain memastikan keperluan asas mereka mencukupi,” ujarnya.

image is not available

PM Anwar arah Setiausaha Politik ke Istanbul, akan kongsi keadaan di sana

Beliau yang sempat berkongsi gambar sewaktu di lapangan terbang menyatakan akan memaklumkan perkembangan terkini keadaan para aktivis selepas dapat bertemu dengan mereka.

“Insya-Allah, mohon doa sahabat-sahabat urusan kami dipermudahkan. Kami juga akan memaklumkan rakyat Malaysia perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” tulisnya lagi.

image is not available

Terdahulu, para aktivis Malaysia telah selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan daripada tahanan Rejim Zionis.

Hasil usaha secara diplomasi Perdana Menteri yang menghubungi rakan-rakan sejawatnya telah berjaya membawa keluar rakyat Malaysia dari tahanan.

Kerajaan Turkiye juga menyatakan akan menaja penerbangan aktivis Malaysia pulang ke Tanah Air selewatnya Isnin nanti.

Sumber: Facebook Farhan Fauzi