PM Anwar bakal sampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2026

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat Malaysia diseru bersama-sama hadir ke Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, majlis berkenaan merupakan antara usaha kerajaan untuk menzahirkan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi Kerajaan MADANI berkaitan kepentingan menghayati semangat kemerdekaan.

Image from: PM Anwar bakal sampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2026

Foto arkib: Bernama

Menurutnya, ia turut menjadi platform bagi menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Ayuh bersama-sama ke Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2026, jam 9.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
“Majlis amanat ini diadakan sebagai satu daripada usaha untuk menzahirkan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi Kerajaan MADANI mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Image from: PM Anwar bakal sampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2026

Foto arkib: AP Photo

Aaron berkata, semangat kebersamaan perlu terus diperkukuh dengan mengamalkan sikap saling memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian yang menjadi kekuatan masyarakat Malaysia.

“Marilah kita terus menyuburkan semangat saling memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian, kerana dalam kebersamaan itulah terletaknya kekuatan Malaysia untuk terus maju, harmoni dan sejahtera,” ujarnya.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved