Sukma 2026: Selangor cuti peristiwa 1 September

24 Aug 2026 • 10:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Selangor cuti peristiwa 1 September

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengumumkan 1 September atau Selasa minggu depan sebagai hari cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menzahirkan tahniah kepada semua atlet dan pasukan Merah Kuning yang memenangi temasya kali ini.

“Atas prestasi luar biasa dan sebagai tanda penghargaan kepada atlet, pegawai dan ibu bapa, saya berbesar hati mengumumkan
cuti peristiwa khas pada 1 September ini.

“Saya amat gembira dengan prestasi dan sokongan semua pihak yang gigih menjayakan Sukma sejak dua minggu lalu,” katanya ketika mengumumkan berita gembira itu pada majlis penutupan Sukma di Arena Walk di sini, malam ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli merasmikan penutupan temasya edisi ke-22 itu dengan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selangor dinobatkan sebagai juara Sukma itu dengan meraih keseluruhan 245 pingat iaitu 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa sekali gus melebihi sasaran ditetapkan.

Jumlah itu jauh meninggalkan Wilayah Persekutuan di kedudukan kedua yang mengumpul 51 emas, 54 perak dan 52 gangsa, manakala Terengganu di tempat ketiga dengan 43 emas, 44 perak serta 36 gangsa.

Atlet Selangor yang meraih pingat emas bakal menerima insentif RM15,000 bagi acara individu hingga kumpulan bertiga, RM10,000 (atlet berempat hingga 10 orang) dan RM7,000 (acara berkumpulan lebih 10 atlet). – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Selangor cuti peristiwa 1 September appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved