PM Anwar beri kejutan! Rai hari lahir Presiden Brazil di malam gala ASEAN Ke-47

27 Oct 2025 • 11:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kejutan istimewa buat Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula Da Silva pada malam gala Kemuncak Sidang ASEAN yang ke-47.

Beri kejutan buat Presiden Brazil

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di media sosial, beliau menyatakan sambutan ulang tahun tersebut diadakan bersempena hari lahir yang ke-80 Presiden Brazil berkenaan.

image is not available

Presiden Brazil terharu diraikan di malam gala ASEAN Ke-47

Dapat dilihat suasana bertukar ceria apabila pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Terrence Dass mengalu-alukan Perdana Menteri dan Presiden Brazil untuk naik ke atas pentas bagi memotong kek yang telah disiapkan sebagai kejutan.

Mereka yang jalan beriringan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang berada di majlis berkenaan.

image is not available

Perkara kecil namun pasti diingati

Momen ‘mahal’ itu telah mendapat perhatian ramai apabila dikongsikan semula di media sosial sehingga menerima pujian daripada rakyat Malaysia.

Rata-rata mereka berasa kagum dengan cara Perdana Menteri menjalinkan hubungan diplomatik dengan pemimpin luar.

image is not available

Kagum dengan PM kita

image is not available

Tindakan bagus yang sangat sensitif

image is not available

Bangga menyokong PMX

image is not available

Sekadar info, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Kuala Lumpur.

Barisan pemimpin dunia turut hadir termasuklah yang paling mendapat liputan besar iaitu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sempat menyaksikan perjanjian damai melibatkan Thailand-Kemboja.

Sumber: Thread ngakorming, aizzatnordin