PM Anwar beri ‘panduan’ bahan lawak buat Trevor Noah, tawar ‘crowdfunding’ jika ada masalah

LocalEntertainment
10 Nov 2026 • 5:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PM Anwar beri ‘panduan’ bahan lawak buat Trevor Noah, tawar ‘crowdfunding’ jika ada masalah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi keterujaannya menerima kunjungan pelawak antarabangsa dan bekas hos program popular The Daily Show, Trevor Noah dalam satu pertemuan hari ini.

Pertemuan diselang seli dengan gelak tawa

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar memaklumkan mereka sempat berbual mengenai politik, humor dan pelbagai perkara lain dalam suasana santai yang diselang-seli gelak tawa.

Sempat beri panduan bahan lawak

Menariknya, Anwar turut mengambil kesempatan memberikan beberapa panduan kepada Trevor mengenai bahan gurauan yang boleh dibawa ke pentas, sambil berseloroh berharap tiada pihak yang terasa dengan lawak tersebut.

“Seronok terima kunjungan Trevor Noah hari ini, kami sempat bicara soal politik, humor dan macam-macam cerita yang diselang-seli gelak tawa.
Saya juga sempat titip beberapa panduan tentang bahan gurauan yang boleh dibawa ke pentas malam ini. Harap tak ada yang terasa!
Apa pun, jangan risau Trevor, kalau apa-apa jadi malam ini, kita crowdfunding ramai-ramai!”

Difahamkan, Trevor Noah mengadakan persembahan sulungnya di Malaysia menerusi pertunjukan khas di Idea LIVE Arena, Kuala Lumpur.

Kehadirannya turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi persinggahan dalam jelajah Asia 2026, sekali gus memenuhi penantian peminat tempatan yang sekian lama menantikan kemunculannya di negara ini.

Sumber: Instagram anwaribrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved