PM Anwar bersyukur muafakat Kerajaan Perpaduan mantap, tiada usaha sabotaj atau khianat

LocalPolitics
30 Dec 2025 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur kerana muafakat dalam Kerajaan Perpaduan MADANI lebih mantap dan ikhlas, tanpa sebarang usaha sabotaj atau khianat.

Permuafakatan Kerajaan Perpaduan ikhlas

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu sidang media di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan MADANI itu lebih mantap, lebih ikhlas dan tidak ada usaha sabotaj, kianat seperti yang berlaku di kalangan rakan-rakan lain,” katanya.

image is not available

Tiada usaha sabotaj Kerajaan Perpaduan

Walaupun beliau tidak menyatakan pihak tertentu, namun kenyataannya difahami sebagai ulasan terhadap polemik politik yang berlaku di Perlis melibatkan rakan-rakan pembangkang.

image is not available

Polemik itu dilaporkan menyebabkan beberapa pemimpin utama BERSATU, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meletakkan jawatan masing-masing dalam Perikatan Nasional (PN).

image is not available

Artikel lain: Fadhli Shaari sokong keputusan Muhyiddin – “PAS akan kemuka calon Pengerusi PN baharu”

Sebelum ini, beberapa pemimpin PaAS menegur BERSATU kerana enggan mengambil tindakan terhadap lima ADUN yang didakwa menghantar Akuan Berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menggantikan Shukri sebagai Menteri Besar.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim