PM Anwar bertemu mufti besar India, perkukuh fahaman dan keharmonian agama

WorldPolitics
14 Sep 2026 • 7:39 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM Anwar bertemu mufti besar India, perkukuh fahaman dan keharmonian agama

Anwar Ibrahim meets India’s Grand Mufti Sheikh Abubakr Ahmad to discuss education, community development and strengthening interfaith harmony

KERALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar India Sheikh Abubakr Ahmad di Markazu Saquafathi Sunniya, yang juga dikenali sebagai Jamia Markaz di Calicut di sini hari ini, sejurus selesai menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Anwar dan Sheikh Abubakr Ahmad bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pemerkasaan pendidikan serta usaha memperkukuh kesefahaman dan keharmonian antara agama.

Beliau yang tiba pada 5.50 petang waktu tempatan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, disambut Setiausaha Agung Sementara Jamia Markaz Dr Muhammad Abdul Hakkim Kandi, Pengarah Jamia Markaz C.P. Ubaidullah Saquafi dan Rektor Jamia Markaz Dr Roshan Nurani.

Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari di India turut menunaikan solat Maghrib sebelum menghadiri majlis Gathering of Honour Prime Minister Malaysia serta majlis ilmu di Markaz berkenaan yang merupakan antara institusi Islam terkemuka di India.

Sheikh Abubakr Ahmad, yang juga Mufti Besar India ke-10, dilahirkan di Keralam dan dibesarkan dalam tradisi keilmuan Sunni-Sufi. 

Beliau bukan sahaja dikenali kerana kepakaran yang dimilikinya, malah atas keyakinannya bahawa keilmuan Islam perlu menangani cabaran sebenar yang dihadapi masyarakat, termasuk kemiskinan, kekurangan akses kepada pendidikan, masalah sosial, pengangguran dan kebajikan anak yatim piatu. 

Terdahulu, pesawat yang membawa Anwar dan delegasi Malaysia dari New Delhi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di sini pada 4.56 petang waktu tempatan (7.26 petang waktu Malaysia).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved