Anwar raih Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar, terima penghormatan tinggi Mufti India

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 9:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr dalam satu majlis di Markaz Saquafathi Sunniya, Kerala, India.

Image from: Anwar raih Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar, terima penghormatan tinggi Mufti India

Anwar berkata, beliau menerima pengiktirafan berkenaan dengan penuh rendah hati sebelum mendedikasikannya kepada golongan ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang selama ini mencurahkan bakti dalam menyebarkan dakwah serta mengangkat martabat umat.

“Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiwa dan raga dalam menyebarkan dakwah untuk mengangkat martabat umat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut Anwar, beliau bersama delegasi Malaysia turut diraikan dalam Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala serta kira-kira 2,000 penuntut ilmu.

Majlis berkenaan dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.

Image from: Anwar raih Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar, terima penghormatan tinggi Mufti India

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk menerusi majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis,” jelasnya.

Artikel lain:“Guru minta izin nyanyi kejap ok!”- Penuh penghayatan, PM Anwar dendang lagu Hindi klasik

Beliau berkata usaha tersebut diharap dapat memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Kerala, selain menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan umat yang teguh imannya, luas ilmunya dan luhur akhlaknya.

“Semoga ikhtiar ini memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kerala, menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan umat yang teguh imannya, luas ilmunya dan luhur akhlaknya,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved