PM Anwar bidas pembangkang, minta tak nafikan usaha kerajaan hanya kerana politik

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bidas pembangkang yang didakwa sering menafikan pencapaian kerajaan hanya kerana faktor politik.

image is not available

PM Anwar bidas pembangkang, tuduhan tak benar & berbaur kepalsuan

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan tuduhan kononnya kerajaan tidak melakukan apa-apa sepanjang tiga tahun pentadbiran adalah satu dakwaan tidak benar dan berbaur kepalsuan.

“Ada rakan saya di sebelah sana (pembangkang) yang menganggap kerajaan tidak buat apa-apa.
“”Saya kurang faham. Kalau dia kata belum cukup, saya faham. Kalau cakap belum memadai, saya faham. Kalau disebut beberapa tindakan itu kurang bijak, saya faham. Kalau dicadangkan cara lain saya faham.
“Bagaimanapun, untuk menidakkan seolah-olah ada penipuan, tidak ada apa yang dilakukan, itu satu kepalsuan.

“Apatah lagi kalau digunakan alasan agama, ada yang menyebut umpamanya dalam perdebatan menggunakan ayat al-Quran,” katanya.

image is not available

PM Anwar bidas pembangkang, jangan serang semberono

Anwar menambah, jika pertimbangan tersebut dibuat hanya disebabkan politik dan menggunakan ayat-ayat di dalam al-Quran, beliau dengan tegas membantah.

Beliau juga menyatakan Dewan Negara sememangnya perlu untuk menegur atau berbahas, namun perlulah berdasarkan fakta.

“Tetapi untuk menafikan hanya kerana pertimbangan politik dan guna ayat Quran, saya bantah sekeras-kerasnya.
“Perlu untuk Dewan Negara menegur atau mengkritik atau membahas tetapi berdasarkan fakta. Jangan hanya menyerang semberono begitu,” ujarnya.

image is not available

Perkara tersebut disampaikan beliau sewaktu ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Negara, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menegaskan kerajaan tetap memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan. Sehingga Jun lalu, kerajaan berjaya membina 102 sekolah baharu serta menaik taraf 1,177 sekolah daif di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM12.5 bilion.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)