PM Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden FIFA

LocalFootball
25 Oct 2025 • 6:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden FIFA

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino,

Menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.

“Antara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan projek Arena FIFA yang dijangka menjadi pemangkin kepada kelahiran lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana bola sepak negara.

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan langkah strategik ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya menerusi hantaran itu.

Anwar berkata Malaysia akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negara melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.

Langkah itu, katanya penting bagi melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved