PM Anwar dijadual umum penghargaan buat rakyat Malaysia esok, kata Fahmi

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 11:37 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar dijadual umum penghargaan buat rakyat Malaysia esok, kata Fahmi

image is not available

22/07/2025 - 11:37

KUALA LUMPUR 22 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.

“Nantikan,” kata Fahmi secara ringkat menerusi akaun Facebooknya.

Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam berkata, penghargaan luar biasa kepada rakyat itu, akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).

Sebelum ini, Perdana Menteri dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan mengenai bentuk pengumuman berkenaan. - BERNAMA

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved