PM Anwar gesa isu sempadan Thailand-Kemboja dibawa ke meja rundingan melalui JBC

19 Sep 2025 • 11:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertikaian isu sempadan antara Thailand dan Kemboja perlu segera dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC) bagi mengelakkan konflik berpanjangan.

Isu sempadan Kemboja-Thailand kembali terjadi

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi hantaran di Facebook rasmi selepas menghubungi Perdana Menteri kedua-dua buah negara.

“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” katanya.

image is not available

image is not available

Isu sempadan Kemboja-Thailand perlu diselesaikan

Menurut Anwar, beliau telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet serta Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul untuk mendapatkan gambaran situasi dan mencari jalan penyelesaian.

“Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian,” ujarnya lagi.

image is not available

image is not available

Terdahulu, insiden di sempadan menyaksikan polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam Kemboja, manakala Hun Manet mendakwa tenteranya dihalang daripada kembali ke kediaman mereka, malah Thailand didakwa memasang kawat berduri serta membuat sekatan baharu.

Kes tegang itu yang dianggap paling serius sejak gencatan senjata 28 Julai lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 23 warga Kemboja cedera.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim