Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut anak-anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menjelaskan sumber kekayaan luar biasa mereka atau membayar balik wang kepada kerajaan. Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim melakukan kunjungan ke Indonesia, berjumpa dengan Presiden Prabowo Subianto untuk membahas beberapa hal dan kerjasama antara dua negara. Di sela-sela itu, kepada Mata Najwa, ia merespons tentang demo besar di Malaysia yang mendesaknya turun dari kursi Perdana Menteri. Simak yuk. | Mata Najwa #MataNajwaAnwarIbrahim #AnwarIbrahim #JadiPaham Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Indonesia, Najwa Shihab, Anwar mempersoalkan bagaimana dua anak Dr Mahathir boleh memiliki aset yang begitu besar nilainya, dan menegaskan ia perlu dijelaskan secara terbuka kepada rakyat. Memetik laporan daripada Berita Harian, sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir dilaporkan memiliki kekayaan dianggarkan sekitar RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir mengisytiharkan aset sebanyak RM246.2 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lebih mengejutkan, Anwar turut mempersoalkan sikap pembangkang yang menurutnya dilihat mempertahankan individu berkait dengan isu kekayaan luar biasa ini, sedangkan mereka sepatutnya paling tegas dalam isu integriti. Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa perjuangan reformasi yang diperjuangkannya bukan sekadar slogan atau retorik, tetapi perlu diterjemah melalui tindakan tegas dan telus. Artikel lain: Jangan politikkan usaha kerajaan, PM Anwar main peranan tepat damai Thailand & Kemboja – Annuar Musa Temu bual bersama Najwa Shihab itu berlangsung sempena lawatan kerja Anwar ke Indonesia bagi menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13 bersama Presiden Prabowo Subianto.
Persoal sumber kekayaan anak-anak Tun M
“Saya tidak memilih untuk menuduh sesiapa secara sembarangan.
“Sebaliknya, saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat tetapi jika seseorang itu sendiri mengisytiharkan memiliki aset bernilai RM1.2 bilion, manakala seorang lagi RM4 bilion, maka wajarlah mereka bayar balik, melainkan mereka boleh menjelaskan sumber dana itu,” ujarnya.

Sumber kekayaan anak-anak Tun M cecah berbilion ringgit
“Pelik apabila pembangkang pula yang mempertahankan isu seperti ini. Sepatutnya mereka menjadi pihak paling tegas dalam menentang rasuah.
“Anehya pembangkang pula yang melindungi individu berkait rasuah, termasuk yang didukung oleh Dr Mahathir. Sepatutnya mereka menjadi barisan paling lantang menentang rasuah.
“Apa (perlunya) anak perdana menteri atau menteri memiliki kekayaan berbillion ringgit? Kita mesti hentikan budaya ini. Reformasi bukan hanya atas kertas atau dalam bentuk peraturan semata-mata. Reformasi itu adalah (dengan) melaksanakan kata-kata,” katanya.

Reformasi bukan sekadar slogan



