PM Anwar hairan pemberi rasuah dapat penghormatan, dianggap pejuang – “Ini budaya rosak!”

LocalPolitics
5 Dec 2025 • 6:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa hairan apabila ada segelintir pihak yang seolah-olah mendewakan pemberi rasuah sehingga dianggap sebagai pejuang.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia akan membawa kesan buruk kepada sistem negara dan juga masyarakat.

PM Anwar hairan

image is not available

“Keinginan untuk membawa perubahan itu harus ada, pertama adalah meninggalkan sistem yang bobrok, amalan yang kadang-kadang mendewa-dewakan orang yang rasuah, biasa lah, kalau dia ada kuasa, ada jawatan, tak rasuah bodoh lah dia, ini budaya yang sudah rosak.
“Atau pun sekarang ini, ada yang mendewakan pemberi rasuah, pemberi pun diberikan satu penghormatan, (dianggap) pejuang, kan aneh kalau negara begitu? Kan rosak nilai dan sistem negara, apa makna kita bercakap soal akhlak?” ujarnya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

PM Anwar hairan

image is not available

Bukan itu sahaja, usaha untuk memperkukuh budaya berakhlak turut terjejas sekiranya tiada tindakan diambil bagi menangani perkara tersebut daripada terus berleluasa.

“Apa makna kita bercakap soal akhlak? Rasulullah SAW, daripada sudut integriti, bersih. Tapi sosok baginda itu yang teragung adalah kerana akhlak, nilai dan kekuatan peribadinya.
“Itu bagi saya penting untuk kita faham, bagaimana kita dalam seluruh jentera kita, sistem kerajaan, kita harus pupuk ini dan harus diingatkan ini adalah kekuatan kita, untuk memupuk suatu budaya,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia (Kamariah Khalidi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved